Hari ini tamatlah sudah penyeksaan yang terbeban di atas batu jemala ku...Menjawab kertas BMM3101 dan BMM3117...berasap kepala walau duduk dalam econ.Memang banyak yang dah dibaca..banyak soalan spot tapi bila dapat je soalan,semua terbang...so goreng je la..InsyaAllah , harap2 boleh diterima oleh pemeriksa...
Lega sangat bila dah abis peksa.Boleh lah buat kerja yg tertangguh..Lepas ni debaran menunggu resultlah pulak..Moga dapat ke sem 2 pada 2012...ada lagi 7 sem...aduh!!!
Sunday, 20 November 2011
Saturday, 12 November 2011
Resepi baru cuba...
Resepi Daging Masak Lada Hitam
Lepas Raya korban ni banyak pulak stok daging dalam peti..buat penuh peti je..so, kenalah kosongkan... teringat pulak resepi yg kawan buat masa makan2 kat bilik guru...nak cubalah jugak...Inilah hasilnya...kali pertama masak cam ni...juri tetapku Eman..dia tetap kata " sedaplah mama..." Bila masuk dalam FB banyak pulak komen...hahaha suka hati aku la nak buat macam mana...Sebenarnya masakan cam ni banyak versinya..ada orang suka letak itu ini..aku buat cara aku la..MUffin....Ihsan dari 1001 resepi..Thanks..
Choco muffin/ lemon muffin
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir halus
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
Cara-cara:
1) ayak tepung, soda dan baking powder kemudian campurkan gula dan garam, gaul rata
2) untuk muffin lemon....campurkan parutan satu biji kulit lemon...dan
untuk choco muffin campurkan 1 cawan chocolate chip kedalam adunan
tepung...gaul rata
Bahan liquid
1 biji telur saiz besar...pukul sikit
1 cawan penuh buttermilk
1/2 cawan minyak canola
1 sudu teh esen vanila
3) campur semua bahan dalam sebuah mangkuk besar...gaul rata dengan balloon whisk
4) tuangkan adunan tepung kedalam adunan liquid
5) dengan menggunakan spatula...kaup balikkan adunan muffin...jangan
terlebih gaul...antara 5 ke 6 kali sahaja....jika terlebih gaul pasti
muffin anda tak kembang elok...
6) dengan menggunakan ceduk ice-cream...scoopkan adunan muffin ke dalam muffin cup atau muffin pan
7) bakar selama 20 ke 30 minit bergantung pasa saiz muffin anda...suhu 180C
Monday, 7 November 2011
TAZKIRAH...
Saya tidak pernah menyangka jika ada seorang lelaki berkata, “Prof,
terima kasih kerana menyampaikan ilmu yang sangat berguna buat saya.
Saya sudah berkali-kali meminta isteri melakukan perubahan tetapi beliau
masih begitu.
Saya sayangkan beliau dan anak-anak namun ada sesuatu yang tidak
berkenan di hati. Tinggal satu perkara lagi yang belum saya lakukan
sebagaimana yang prof. sarankan, iaitu bangun pada 1/3 hujung malam yang
tersisa dan berdoa kepadaNya”.
Ia kenyataan yang jarang berlaku. Kebiasaannya, kaum wanitalah yang
selalunya bersungut tentang tingkah-laku suami. “Suami saya sangat baik,
tinggal lagi beliau tidak solat,” kenyataan yang berharap agar suami
yang dikasihi menjadi suami yang soleh.
Dalam kenyataan yang berbeza, mereka mungkin berkata, “suami saya OK
tetapi setiap hujung minggu beliau sentiasa berada di padang golf. Saya
sudah tidak boleh berbuat apa-apa,” rungut isteri yang mahu suami
sentiasa berada di sisi pada setiap hujung minggu.
Saya juga pernah terdengar sungutan isteri pada suami yang gila memancing sehingga menggangu emosi dalaman beliau.
Saya fikir, jika suami segala-galanya kelihatan sempurna – tidak gila
golf, memancing pun tidak tahu, solatnya di masjid – pasti ada sesuatu
yang bakal dirungutkan oleh isteri, “suami saya perlu diuruskan
sehinggakan seluar dalamnya perlu diletakkan biar dapat matanya melihat.
Jika tidak, pergilah ke pejabat tanpa seluar dalam”.
Alahai… mana ada manusia yang sempurna?
Kebiasaanya begitu tetapi saya yakin dan percaya yang
sungutan-sungutan tersebut pasti berlalu begitu sahaja apabila
sifat-sifat positif suami yang lain menimbusi segalanya. Lazimnya,
faktor umur (nota: taufik dan hidayah Allah) boleh menyebabkan manusia
berubah.
Akhirnya, suami kelihatan jauh berbeza berbanding masa lampau dan
sisa-sisa kehidupan diakhiri bersama dengan penuh kebahagian. Ia satu
doa dan harapan pasangan suami-isteri. Mudah-mudahan yang menjadi
kenyataan.
Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah hubungan kami suami-isteri sebagai
hubungan yang diredhaiMu. Elakkan pergaduhan, jauhilah rasa cemburu
yang melampau, jalinkan rasa cinta yang kekal abadi sehingga kami
bertemu di syurgaMu ya Allah. Masukkanlah kami ke syurga Firdaus,
masukkanlah kami tanpa dihisab dan masukkan kami dengan rahmatMu.
Begitu juga dengan suami yang melihat seribu macam kekurangan isteri
di sisi agama tetapi tiada upaya dan kudrat untuk mengubahnya. Allahu
Akbar, sesungguhnya saya sangat simpati mendengar rungutan (nota:
keluhan barangkali lebih sesuai) para suami yang tertekan emosi apabila
berhadapan dengan isteri yang berpangkat dan bergaji lebih tinggi
daripada mereka.
Secara semulajadi, pangkat dan gaji isteri mengurangkan rasa hormat
dan sifat lemah lembut wanita yang menjadi idaman kamu lelaki. Keputusan
isteri di rumah perlu dipatuhi seumpama mendengar kata-kata bos di
pejabat.
Malah kadangkala – barangkali di luar sedar – tersebut kata-kata yang
sangat melukakan hati di depan atau pun di belakang tetamu.
Baginda SAW pernah menyatakan sifat-sifat wanita yang sangat keji dan
menjadi ahli neraka. Alahai… jika inilah wanita yang diperolehi maka ia
merupakan ujian terbesar kepada kaum lelaki.
Empat perempuan yang berada di Neraka ialah: perempuan yang kotor
mulutnya terhadap suaminya. Jika suaminya tidak ada di rumah ia tidak
menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya ia memakinva (memarahinya).
Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang suami tidak mampu.
Perempuan yang tidak menjaga auratnya dari kaum laki-laki dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik kaum laki laki).
Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan minum dan
tidur, dan ia tidak mau berbakti kepada Allah dan tidak mau berbakti
kepada Rasul-Nya dan tidak mau berbakti kepada suaminya.
(Nota: petikan buku Travelog Kehidupan: Menghadapi Ujian, sebahagian daripada bab 22: Ujian Suami)
Sunday, 6 November 2011
RENUNGAN SEBELUM TIDUR
RAHSIA SURAH2 DLM AL QURAN..
Subject: Rahsia surah yassin ayat ke 58...
RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58
Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....
RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58
Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....
Saturday, 5 November 2011
Korban...Korban...Korban...
Apa lagi nak dikorbankan...korban hati dan perasaan...dah puas..hati dah jadi kosong...Macam mana nk hidupkan kembali hati ni..kalau boleh aku nk ikhlaskan hati untuk semua apa yg aku rasa ni...
What is Love
To love somebody naturally
To love somebody faithfully
To love somebody equally
Is not enough, it's not enough
It's not enough
To love somebody secretly (And never touch)
To love somebody honestly (And always trust)
To love somebody tenderly
The tender touch is not enough
It's not enough
Love hurts you sometimes
It's not so easy to find, no
Searchin' everywhere, you turn and swear (Ahh-ahh-ahh)
It's always been there
To love somebody foolishly (Can happen once)
To love somebody hopelessly (It hurts so much)
To love somebody equally
Is not enough, it's not enough
It's not enough
Love takes a little time
It's not so easy to find, no, no
Searchin' everywhere, you turn and swear
It's always been there
(Guitar Solo)
Standin' there....
Oh!
And if it don't come easily
One thing you must believe
You can always have trust in me
'Cause my heart will always be, yours honestly
Yeah! Love hurts you sometimes
Not so easy to find, no-oh
Searchin' everywhere, you turn and swear (Ahh-ahh-ahh)
It's always been there, standin' there
Love hurts you sometimes
It's not yours, it's not mine, no-oh
Love is only to share
You turn and swear (Ahh-ahh-ahh) it's everywhere
Standin' there (Ahh-ahh)
'Cause it's always been there
Subscribe to:
Posts (Atom)