Sunday 18 August 2013

Ayat Terbitan



KONSEP AYAT TERBITAN

 Penerbitan sesuatu ayat dimaksudkan sebagai hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis, iaitu melibatkan pelaksanaan rumus transformasi, yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Proses transformasi mengakibatkan pengguguran,penyusunan dan perluasan.

(Tatabahasa Dewan, Edisi ketiga)


Ayat terbitan diterbitkan daripada ayat dasar melalui mana-mana proses transformasi. Dari segi bilangan klausa yang terdapat di dalamnya, ayat terbitan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Dari segi tujuan pula, ayat terbitan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya adalah penyata, ayat soal, ayat perintah dan ayat seru.



Proses Penerbitan Ayat

Dalam Bahasa Melayu, ayat terbitan boleh dibentuk dengan banyak cara. Antaranya adalah melalui proses  pengguguran , penyusunan semula , peluasan (Abdullah Hassan et.all 2006)



Friday 16 August 2013

esaimen oh esaimen...

Mood raya memang tak de langsung...sibuk nak siapkan kerja2 esaimen ni.Orang sibuk beraya, aku sibuk ngadap laptop ni.Tak siap-siap juga...minggu depan kena hantar da...
Isnin ni dah mula sekolah..lagi la banyak kerja.


Hari Raya Aidilfitri 2013


NOSTALGIA RAYA 2013
 
 
Tahun 2013 kali ini giliran berhari raya di Pengerang, Kota Tinggi. Terpaksa balik lewat sikit atas sebab2 yg tak dapat dielakkan...

                                                                                                                                                              Atas jalan memang banyak kereta..,kenalah hati-hati sikit..asalkan sampai dengan selamat.
 


 
Hari Raya KE 3
Sedang bersiap2 untuk balik ke kampung suami...paking pakaian yg hendak dibawa.
...dapat panggilan dari kampung, ibu mertua telah menyahut panggilan Ilahi.Masing2 terkedu..
 Perjalanan pulang ke Pahang...keadaan jalan musim perayaan macam ni menjadiakn perjalanan kami mengambil masa yang panjang...
Akhirnya atas persetujuan suami, jenazah disempurnakan tanpa kehadiran kami.AlFatihah..