Saturday 21 September 2013

KOLAJ LAGI???

tips
 Kolaj akan lebih menarik sekiranya murid2 menghasilkan dengan mengunting/ mengoyak bahan2 kepada saiz yang lebih kecil. Teknik kolaj memerlukan kesabaran dalam mendapatkan hasil yang lebih baik.
- See more at: http://chekguisza.blogspot.com/2010/01/pendidikan-seni-visual-kolaj.html#sthash.jmxnuuzB.dpuf
 
tips
 Kolaj akan lebih menarik sekiranya murid2 menghasilkan dengan mengunting/ mengoyak bahan2 kepada saiz yang lebih kecil. Teknik kolaj memerlukan kesabaran dalam mendapatkan hasil yang lebih baik.
- See more at: http://chekguisza.blogspot.com/2010/01/pendidikan-seni-visual-kolaj.html#sthash.jmxnuuzB.dpuf
Bidang A: Mengambar. Kolaj adalah salah satu teknik yang digunakan untuk menggambar. Di antara contoh2 - See more at: http://chekguisza.blogspot.com/2010/01/pendidikan-seni-visual-kolaj.html#sthash.jmxnuuzB.dpuf
Kolaj akan lebih menarik sekiranya murid2 menghasilkan dengan mengunting/ mengoyak bahan2 kepada saiz yang lebih kecil. Teknik kolaj memerlukan kesabaran dalam mendapatkan hasil yang lebih baik. - See more at: http://chekguisza.blogspot.com/2010/01/pendidikan-seni-visual-kolaj.html#sthash.jmxnuuzB.dpuf
tips
 Kolaj akan lebih menarik sekiranya murid2 menghasilkan dengan mengunting/ mengoyak bahan2 kepada saiz yang lebih kecil. Teknik kolaj memerlukan kesabaran dalam mendapatkan hasil yang lebih baik.
- See more at: http://chekguisza.blogspot.com/2010/01/pendidikan-seni-visual-kolaj.html#sthash.jmxnuuzB.dpuf

KOLAJ 

 Apa itu kolaj? Kolaj bermakna tampal dan gam. Teknik ini mula diperkenalkan oleh Pablo Picasso pada tahun 1912. Beliau mula menggunakankertas yang digunting untuk dijadikan lukisan dan ia merupakan kolaj pertama yang digunakan di dalam seni halus. Bahan – bahan yang sesuai digunakan untuk kerja atau kolaj ini ialah antaranya carikan kertas-kertas, keratan akhbar,kepingan besi, kain atau kain perca dan kepingan – kepingan nipis yang lain.



Kali ini kita buat aktiviti kolaj lagi jom... tajuknya...Ikan.Berikut adalah contoh yang telah dihasilkan oleh murid tahun satu.















 






Kolaj akan lebih menarik sekiranya murid2 menghasilkan dengan mengunting/ mengoyak bahan2 kepada saiz yang lebih kecil. Teknik kolaj memerlukan kesabaran dalam mendapatkan hasil yang lebih baik. - See more at: http://chekguisza.blogspot.com/2010/01/pendidikan-seni-visual-kolaj.html#sthash.jmxnuuzB.dpuf

Tuesday 17 September 2013

CERITA SEBUAH BUKU BESAR...linus numerasi

Cerita Disebalik ....
making of..


TQ kepada team linus numerasi tahun 1, 2 , dan 3 sk bandar t6 di atas kerja sama yang telah diberikan sehingga terhasilnya sebuah buku yang sebegini.Tanpa penggerak tidak akan ada apa yang boleh tercipta.


Kepada editor...
tq kerana memberi idea untuk memperbaiki segala kekurangan. Masa bukan penghalang bagi kita..cabaran tetap kita tempohi walaupun pelbagai tekanan yang diberikan di saat kita cuba menyiapkannya.Biarlah mereka tidak mengerti...

Setelah berpenat lelah akhirnya kita berjaya menghasilkan  sebuah buku yang diharap boleh menjadi panduan dan bbm yg dapat membantu guru linus numerasi   













  SEKIAN..

Saturday 7 September 2013

PERTANDINGAN BIG BOOK LITERASI DAN NUMERASI

   PROJEK BUAT COVER
Projek membuat cover Big Book untuk linus numerasi diamanahkan sepenuhnya kepada aku...Pengarah projek kononnya...Hampir dua minggu menyiapkan.Bukan sedikit masa yang terpaksa dikorbankan...semua orang yang ada kaitan dengan aku terpaksa bersabar dan berkorban,,,,mujurla tak de yg terkorban..hihihi..


 ..dan inilah produk terakhirku...cover "BIG BOOK"...setelah berpenat lelah sendiri...mencuri waktu yang memang tak berbaki...Puas hati walaupun tidak seberapa...moga menepati misi....
Tapi ini bukanlah penamat...tunggu team lain menghantar bahan untuk disatukan..tunggulah hasil dari kami team linus numerasi SK BANDAR T6...

PROJEK RBT ...


PETI KUNCI BERLAMPU

Ni la esaimen rbt yg kena buat masa sem 4...
Hasilkan sesuatu yang berasaskan kayu,logam, dan elektrik
Fungsinya untuk menyimpan anak kunci yang banyak2 tu...letak satu tempat.kalau tak selalu bersepah je...bila cari,tk jumpa .
Kelebihannya..bila pintu peti dibuka,lampu akan menyala untuk memudahkan kita mengambil kunci...ok tak?Tau berapa saya dapat untuk subjek ni...hehe
 

Friday 6 September 2013

Aktiviti Kecut Perut

Mungkin korang kata banyak lagi kerja lain yang boleh dibuat...memang, tapi yang satu ini "very interesting"..."happening"...












PROGRAM LINUS

APA MAKSUD PROGRAM LINUS

Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.

DEFINISI LITERASI
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
KEMAHIRAN ASAS LITERASI

TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah. TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi. TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI

Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.
Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.

DEFINISI NUMERASI
Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
KEMAHIRAN ASAS NUMERASI
TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek
TAHUN 3
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI
Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka
Konstruk 2 : Keupayaan membilang
Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor
Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi
Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu
Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas
Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.
Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.