Thursday, 11 July 2013

KOLAJ TAHUN 1

TAJUK : BUAH MANGGA

Minggu ni plak bidang menggambar untuk murid tahun 1...pertama kali buat aktiviti kolaj bersama mereka.




Kolaj bermakna tampal dan gam. Selain itu juga teknik kolaj
dapat dihasilkan tanpa menggunakan bahan-bahan
asas.Dalam penghasilan catan juga boleh menggunakan
teknik kolaj dengan menggunakan media campuran.

Bahan – bahan yang sesuai digunakan untuk kolaj ialah
carikan kertas-kertas, keratan akhbar, kepingan besi ,kain
atau kain perca dan kepingan – kepingan nipis yang lain
Ciri-ciri teknik kolaj ialah mengumpulkan dan menampal
bahan kutipan ke permukaan lukisan atau catan untuk
menghasilkan reka bentuk dan kesan tertentu
Teknik ini mula diperkenalkan oleh Pablo Picasso pada tahun
1912. Beliau mula menggunakan kertas yang digunting
untuk dijadikan lukisan dan ia merupakan kolaj pertama
yang digunakan di dalam seni halus.


Kini teknik kolaj telah berkembang ke arah
yang lebih tinggi.
Kalau dulu, teknik kolaj hanya menggunakan
kertas tetapi kini berbagai teknik telah
muncul seperti guntingan kain perca yang
lebih memberi corak yang lebih menarik.
Kolaj sendiri memerlukan teknik halus yang
teliti dan memerlukan kesabaran dan
ketelitian

Teknik Membuat Kolaj

Untuk menghasilkan sesuatu hasil seni, kita perlulah
memikir dan merancang kerja agar ianya mempunyai
satu tema khas.
Setelah sesuatu tema telah ditetapkan, maka ianya akan
lebih mudah kepada pelajar untuk menetapkan saiz
dan bahan yang diperlukan.
Seterusnya ialah teknik memotong dan mengoyak atau
menjahit. Pelajar perlulah teliti di dalam melakukan
kerja tersebut. Untuk menjahit pula amatlah
sesuai jika pelajar menggunakan perca kain sebagai
bahan kolaj.

Bahan untuk kolaj sebenarnya amat senang
untuk didapati .Perkara yang agak menyulit
dan menyukarkan ialah apabila memotong
dan menyesuaikan warna dengan kolaj agar
hasil seni tersebut menjadi lebih menarik.
Semasa kerja menampal dilakukan, pelajar
perlulah memberikan perhatian kepada
penggunaan ruang didalam lukisan agar ianya
kelihatan lebih seimbang.
Bagi menampakkan kepelbagaian teknik,
pelajar boleh menambah dengan
mewarnakan, merenjiskan warna dan melorek
bahagian – bahagian tertentu.

Terdapat tiga kaedah yang diperkenalkan
oleh Chapman iaitu kaeadah penjanaan
idea, pengolahan dan pemurnian
dankemahiran menggunakan bahan.
Jika kita kaitkan ketiga – tiga proses di atas
dengan penghasilan kolaj maka, amat
tepatlah bahawa pelajar perlu menjana
idea mereka di dalam mencari sesuatu
tema untuk kolaj mereka.

Apabila sesuatu tema telah pun ditetapkan,
pelajar akan melakukan pengolahan dan
mencipta hasil kerja mereka
seterusnya melakukan pemurnian beberapa
kali agar melatih mereka supaya lebih
peka dan meningkatkan pengamatan
mereka di dalam penelitian.
Seterusnya, kaedah yang ketiga melatihkan
kemahiran mereka menggunakan bahan
serta teknik yang betul.

Ini merujuk kepada bagaimana pelajar
menggunakan bahan seperti gam, gunting,
kertas warna atau kain perca manakala
teknik pula ialah seperti teknik guntingan
halus, titikan pensel ataupun
jahitan.
Kesimpulannya, mengambil pandangan
tokoh – tokoh seni yang terkenal adalah
amat penting dilakukan oleh seseorang
guru di dalam menyediakan sesuatu bahan
pengajaran dan pembelajaran.


Kolaj termasuk di dalam kumpulan seni
halus. Tujuan penghasilan kolaj kalau kita
nilai dari sudut kognitif adalah memberi
peluang kepada pelajar menjana idea
mereka.
Penghasilan mengikut tema yang sesuai
banyak membantu mereka meningkatkan
kemahiran berfikir mereka. Corak apa
dan bahan apa yang perlu digunakan dan
teknik yang sesuai dan menarik.
Kolaj melatih pelajar dari segi psikomotor
mereka terutama motor – tangan mereka.

Di lihat dari aspek kreativiti pula, kolaj banyak
membantu pelajar mencipta dan mencetuskan
idea mereka masing – masing.
Pemilihan warna , teknik yang sesuai dan
menarik membantu mereka menghasilkan
kolaj yang menarik.Tujuan dan fungsi kolaj adalah untuk memberi
peluang kepada pelajar meluahkan idea
mereka menerusi tampalan warna mengikut
kebebasan mereka.
Mereka juga dapat belajar dan membuat
peniruan dengan keadaan yang sebenar,
mengolah dan menghasilkan kolaj mengikut
gaya dan kreativiti mereka sendiri.

1 comment:

Anonymous said...

Maaf,tpi INI mozek Webb susunanya tidal bertindih,kolaj meet I bertindih.sharing is caring...