Sunday, 18 August 2013

Ayat Terbitan



KONSEP AYAT TERBITAN

 Penerbitan sesuatu ayat dimaksudkan sebagai hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis, iaitu melibatkan pelaksanaan rumus transformasi, yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Proses transformasi mengakibatkan pengguguran,penyusunan dan perluasan.

(Tatabahasa Dewan, Edisi ketiga)


Ayat terbitan diterbitkan daripada ayat dasar melalui mana-mana proses transformasi. Dari segi bilangan klausa yang terdapat di dalamnya, ayat terbitan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Dari segi tujuan pula, ayat terbitan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya adalah penyata, ayat soal, ayat perintah dan ayat seru.



Proses Penerbitan Ayat

Dalam Bahasa Melayu, ayat terbitan boleh dibentuk dengan banyak cara. Antaranya adalah melalui proses  pengguguran , penyusunan semula , peluasan (Abdullah Hassan et.all 2006)



1 comment:

krafminda said...

terima kasih puan,boleh bagi contoh untuk ayat terbitan?saya masih kurang jelas tentang definasi ayat terbitan.terima kasih