Bagi mereka yang memiliki berat badan berlebihan, sudah tentu
sentiasa memasang azam mahu menurunkan berat badan.
Memang bagus untuk anda memasang azam tersebut agar badan
menjadi langsing semula. Bukan semata-mata kerana cantik tetapi juga untuk
faktor kesihatan dan psikologi kerana masalah ini turut menjejaskan rasa
percaya terhadap diri sendiri.
Berikut adalah 15 tips mudah yang boleh anda terapkan dalam azam
anda untuk menurunkan berat
badan.
1. Saya Boleh!
Tanamkan
azam itu dalam diri anda. Yakin anda boleh melakukannya. Apa saja godaan yang
datang, sentiasa ingat azam anda itu. Sentiasa terapkan dalam fikiran anda
bahawa anda boleh menurunkan berat badan. Jadikan mereka yang telah berjaya
menurunkan berat badan sebagai motivasi anda untuk berjaya seperti mereka juga.
Sentiasala berfikiran positif.
2. Sarapan Adalah Wajib
Jangan
sesekali meninggalkan sarapan pagi. Sebelum keluar rumah, jamahlah sedikit
makanan kerana sarapanlah yang akan memberikan anda tenaga untuk meneruskan
aktiviti harian. Tidak perlu makan sarapan yang berat. Cukup sekadar roti,
telur atau jika tiada masa, anda boleh makan pisang, yogurt atau makanan yang
mengandungi serat dan protein. Ia akan membuatkan anda berasa kenyang sehingga
tengahari.
3. Baca Dan Semak Kandungan Nutrisi
Jangan
terburu-buru sebaliknya ambil masa untuk anda membaca atau memerhatikan
kandungan nutrisi pada makanan yang anda pilih sebelum anda mengambilnya.
Perkara ini amat penting kerana jumlah kalori dan zat inilah yang berperanan
untuk menambah berat badan anda jika diambil secara berlebihan. Belajarlah
untuk menyesuaikan keperluan tenaga atau kalori anda dalam seharian. Anda
juga boleh membuat catatan yang boleh mengingatkan anda terhadap keperluan
nutrisi anda agar pengambilannya sentiasa terkawal.
4. Elak Diet Sementara
Kebanyakan
orang mahu berdiet kerana mahukan keputusan dalam waktu yang singkat. Mungkin
diet yang sangat ketat boleh menurunkan berat badan dalam jangka masa yang
cepat namun selalunya ia akan bertambah semula dalam masa yang singkat.
Berlapar semata-mata tidak akan membuat berat anda turun malah cara berlapar
ini akan menurunkan metabolisme badan untuk membakar lemak. Paling penting
adalah memilih makanan yang seimbang nilai gizinya mengikut keperluan tubuh
anda agar kalori yang masuk akan dimanfaatkan tanpa disimpan menjadi lemak
terkumpul dalam tubuh.
5. Makan Dengan Teratur
Amalkan
makan secara teratur dan jadikan ia sebagai rutin. Kadar metabolisme anda akan
menurun apabila sedang lapar dan keadaan ini tidak begitu elok jika anda sedang
berusaha untuk menurunkan berat badan. Bagi menghindari keadaan tersebut,
sediakan pola/menu pemakanan yang anda boleh ikuti dan jadikan rutin setiap
hari.
6. Banyakkan Pengambilan Serat.
Serat
amat penting untuk membantu menurunkan paras kolesterol selain melancarkan
proses pada saluran pencernaan. Malah, serat juga membantu mempercepatkan rasa
kenyang dan ini akan membantu anda untuk mengurangkan kuantiti makanan yang
diambil. Sebahagian besar serat mempunyai kandungan air yang tinggi dan kalori
yang rendah yang amat sesuai dalam menu pemakanan anda untuk membantu
menurunkan berat badan.
7. Pilih Makanan Yang Menyihatkan
Pemilihan
makanan penting dalam usaha untuk menurunkan berat badan seperti yang anda
mahukan. Pilih makanan yang mengandungi omega 3 (lemak baik) seperti ikan
salmon dan tuna. Elakkan makanan mengandungi banyak lemak tepu. Pilih minyak
sayuran sebagai sumber lemak kerana jumlah kalorinya yang sedikit. Banyakkan
pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
8. Lakukan Senaman Dan Bersukan
Salah
satu senaman yang paling mudah, menjimatkan dan boleh dilakukan bila-bila masa
adalah berjalan kaki. Sentiasalah berjalan kaki setiap hari sekurang-kurangnya
untuk tempoh 15 minit. Anda juga boleh pilih senaman bersukan yang sesuai
dengan keadaan tubuh anda. Bersukan bukan sekadar membantu menurunkan berat
badan tetapi juga menjadikan tubuh lebih sihat dan fit.
9. Buang Kebiasaan Mengunyah Pada
Waktu Malam
Inilah
tabiat yang mudah mendorong kepada kenaikan berat badan. Hentikan tabiat ini
kerana ia hanya akan emnghancurkan impian anda untuk kembali langsing. Kalori
yang anda ambil pada waktu malam akan bertimbun dan tersimpan sebagai lemak di
dalam tubuh.
10. Banyakkan Pengambilan Protein
Makanlah
makanan yang mengandungi protein yang tinggi kerana ia akan membuat perut anda
berasa kenyang hingga beberapa jam dan ini akan membantu mengurangkan keinginan
anda untuk makan sebelum sampai waktunya.
11. Buang Kebiasaan/Tabiat Buruk
Buang
kebiasaan atau tabiat buruk yang mudah mengundang kenaikan berat badan dalam
gaya hidup anda sebelum ini. Gantikan dengan kebiasaan yang lebih baik.
Contohnya, gantikan penggunaan gula biasa dengan gula yang rendah kalori serta
elakkan memasak makanan dengan menggunakan minyak yang banyak.
12. Jadikan Teman Sekeliling Sebagai
Pendorong Semangat
Jadikan
orang sekeliling anda sebagai pendorong semangat anda untuk kembali langsing.
Sekiranya anda putus asa atau patah semangat untuk meneruskan usaha menurunkan
berat badan, teman-teman rapat anda akan menjadi pendorong semangat supaya
jangan mengalah.
13. Catat Setiap Perkembangan
Sediakan
catatan untuk mencatit setiap perkembangan dari masa ke semasa. Lebih baik jika
anda mempunyai teman untuk sama-sama menurunkan berat badan. Dengan ini anda
boleh membandingkan catatan anda dengannya. Ini akan membuat anda lebih
bersemangat untuk mencapai tahap penurunan berat yang anda inginkan. Anggaplah
ini sebagai satu persaingan yang sihat.
14. Minum Air Yang Cukup
Pendapat
pakar kesihatan mengesahkan apabila anda minum air kosong/putih yang mencukupi,
ia membantu anda menghindarkan diri daripada makan secara berlebihan. Oleh itu,
minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air putih sehari.
15. Turunkan Berat Badan Untuk
Kesihatan.
Anda
inginkan tubuh sihat dan terhindar dari penyakit? Oleh itu, jangan berputus asa
dalam usaha anda untuk menurunkan berat badan. Ia bukan sekadar untuk kelihatan
langsing dan cantik tetapi juga untuk menjaga tahap kesihatan anda.
Selalulah memotivasikan diri anda agar matlamat anda berjaya dicapai.
No comments:
Post a Comment