Monday, 15 July 2013

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

TEORI MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Definisi
Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang.

Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik.

Corak tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.

PENGHASILAN CORAK
Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu:
a) Corak Terancang
b) Corak Tidak Terancang

Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.

Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.

JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK DAN REKAAN
Susunan Ulang Sekata
Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan.

Susunan Berselang Seli
Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur.

Susunan Batu Bata
Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.

Susunan Bertimbal
Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang bertentangan.

Susunan Bertindih
Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain sehingga membentuk corak yang menarik.

Susunan Beralun
Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang sekata atau tidak. Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang sama atau berbeza.

Susunan Berpusat
Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon dan sebagainya.



JENIS-JENIS MOTIF DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Motif di dalam membuat corak dan rekaan boleh didapati daripada:

1. Rupa atau bentuk daripada alam ciptaan Ilahi
2. Rupa atau bentuk asas seperti persegi, bulat, bujur, segitiga dan rupa geometri yang lain.
3. Rupa atau bentuk dari bahan buatan manusia
4. Rupa atau bentuk angka dan huruf
5. Rupa atau bentuk kraf tradisional.

TUJUAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

1. Perlakuan
a)Memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu.
b)Mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas.
c)Menyesuaikan jenis garisan dalam menghasilkan sesuatu ciptaan.
d)Memilih&mendapatkan benda-benda utk dijadikan bahan bagi menghasilkan gubahan seni.
e)Melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda.
f)Memilih jenis bahan yang diperlukan dalam sebarang kegiatan pendidikan seni.
g)Mengolah, mengubahsuai dan menggunakan bahan.
h)Mengenal unsur corak yang terdapat di persekitaran.
i)Membezakan jenis corak tertentu.
j)Menggunakan beraneka jenis bahan dan alat untuk membuat corak.
k)Mengatur corak.
l)Mencipta sesuatu karya seni yang digemari.
m)Membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak.
n)Mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi mata dan tangan
yang baik untuk menghasilkan karya seni.
o)Melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara terperinci terhadap ciptaan tersebut.

2. Persepsi
a)Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan, kepelbagaian, kesatuan, dan kontras dalam penghasilan corak.
b)Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan.
c)Memahami dan menyedari corak di alam sekitar.
d)Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak.
e)Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian.
f)Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak.
g)Memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang baik.
h)Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan.
i)Menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak.
j)Menyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak.
k)Merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea.
l)Menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan kaitannya dengan kehidupan mereka.
m)Menyedari pertalian ciri-ciri seni yang terdapat dalam alam sekitar dan menghasilkan karya yang berharmoni dan bermakna.
n)Memberikan pertimbangan estetika terhadap karya seni.

3. Pengetahuan Budaya
a)Mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah.
b)Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraf tradisional.
c)Mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsur tradisional pada alat kegunaan harian.
d)Mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf tradisional.
e)Menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.

KEPENTINGAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
a) Mencantikkan bahagian atau permukaan luar sesuatu objek
b) Corak sebagai elemen hiasan
c) Corak sebagai nilai estetik

Thursday, 11 July 2013

KOLAJ TAHUN 1

TAJUK : BUAH MANGGA

Minggu ni plak bidang menggambar untuk murid tahun 1...pertama kali buat aktiviti kolaj bersama mereka.




Kolaj bermakna tampal dan gam. Selain itu juga teknik kolaj
dapat dihasilkan tanpa menggunakan bahan-bahan
asas.Dalam penghasilan catan juga boleh menggunakan
teknik kolaj dengan menggunakan media campuran.

Bahan – bahan yang sesuai digunakan untuk kolaj ialah
carikan kertas-kertas, keratan akhbar, kepingan besi ,kain
atau kain perca dan kepingan – kepingan nipis yang lain
Ciri-ciri teknik kolaj ialah mengumpulkan dan menampal
bahan kutipan ke permukaan lukisan atau catan untuk
menghasilkan reka bentuk dan kesan tertentu
Teknik ini mula diperkenalkan oleh Pablo Picasso pada tahun
1912. Beliau mula menggunakan kertas yang digunting
untuk dijadikan lukisan dan ia merupakan kolaj pertama
yang digunakan di dalam seni halus.


Kini teknik kolaj telah berkembang ke arah
yang lebih tinggi.
Kalau dulu, teknik kolaj hanya menggunakan
kertas tetapi kini berbagai teknik telah
muncul seperti guntingan kain perca yang
lebih memberi corak yang lebih menarik.
Kolaj sendiri memerlukan teknik halus yang
teliti dan memerlukan kesabaran dan
ketelitian

Teknik Membuat Kolaj

Untuk menghasilkan sesuatu hasil seni, kita perlulah
memikir dan merancang kerja agar ianya mempunyai
satu tema khas.
Setelah sesuatu tema telah ditetapkan, maka ianya akan
lebih mudah kepada pelajar untuk menetapkan saiz
dan bahan yang diperlukan.
Seterusnya ialah teknik memotong dan mengoyak atau
menjahit. Pelajar perlulah teliti di dalam melakukan
kerja tersebut. Untuk menjahit pula amatlah
sesuai jika pelajar menggunakan perca kain sebagai
bahan kolaj.

Bahan untuk kolaj sebenarnya amat senang
untuk didapati .Perkara yang agak menyulit
dan menyukarkan ialah apabila memotong
dan menyesuaikan warna dengan kolaj agar
hasil seni tersebut menjadi lebih menarik.
Semasa kerja menampal dilakukan, pelajar
perlulah memberikan perhatian kepada
penggunaan ruang didalam lukisan agar ianya
kelihatan lebih seimbang.
Bagi menampakkan kepelbagaian teknik,
pelajar boleh menambah dengan
mewarnakan, merenjiskan warna dan melorek
bahagian – bahagian tertentu.

Terdapat tiga kaedah yang diperkenalkan
oleh Chapman iaitu kaeadah penjanaan
idea, pengolahan dan pemurnian
dankemahiran menggunakan bahan.
Jika kita kaitkan ketiga – tiga proses di atas
dengan penghasilan kolaj maka, amat
tepatlah bahawa pelajar perlu menjana
idea mereka di dalam mencari sesuatu
tema untuk kolaj mereka.

Apabila sesuatu tema telah pun ditetapkan,
pelajar akan melakukan pengolahan dan
mencipta hasil kerja mereka
seterusnya melakukan pemurnian beberapa
kali agar melatih mereka supaya lebih
peka dan meningkatkan pengamatan
mereka di dalam penelitian.
Seterusnya, kaedah yang ketiga melatihkan
kemahiran mereka menggunakan bahan
serta teknik yang betul.

Ini merujuk kepada bagaimana pelajar
menggunakan bahan seperti gam, gunting,
kertas warna atau kain perca manakala
teknik pula ialah seperti teknik guntingan
halus, titikan pensel ataupun
jahitan.
Kesimpulannya, mengambil pandangan
tokoh – tokoh seni yang terkenal adalah
amat penting dilakukan oleh seseorang
guru di dalam menyediakan sesuatu bahan
pengajaran dan pembelajaran.


Kolaj termasuk di dalam kumpulan seni
halus. Tujuan penghasilan kolaj kalau kita
nilai dari sudut kognitif adalah memberi
peluang kepada pelajar menjana idea
mereka.
Penghasilan mengikut tema yang sesuai
banyak membantu mereka meningkatkan
kemahiran berfikir mereka. Corak apa
dan bahan apa yang perlu digunakan dan
teknik yang sesuai dan menarik.
Kolaj melatih pelajar dari segi psikomotor
mereka terutama motor – tangan mereka.

Di lihat dari aspek kreativiti pula, kolaj banyak
membantu pelajar mencipta dan mencetuskan
idea mereka masing – masing.
Pemilihan warna , teknik yang sesuai dan
menarik membantu mereka menghasilkan
kolaj yang menarik.Tujuan dan fungsi kolaj adalah untuk memberi
peluang kepada pelajar meluahkan idea
mereka menerusi tampalan warna mengikut
kebebasan mereka.
Mereka juga dapat belajar dan membuat
peniruan dengan keadaan yang sebenar,
mengolah dan menghasilkan kolaj mengikut
gaya dan kreativiti mereka sendiri.

Monday, 1 July 2013

Mengenal kraft tradisional

Minggu lepas buat tajuk topeng mata utk klas 1Gigih...ambil masa 2 minggu nk siapkn.
Inilah hasil karya mereka.