Monday, 24 October 2011

Bersama teman seperjuangan di sk bandar t6, kluang...

Peristiwa Yang Paling Tak Dapat dilupakan ....

Tarikh Kejadian..2hb. Oktober 2011.....

Peristiwa ini membuatkan aku serik nak naik moto lagi..walaupun masa kejadian itu aku tak turut serta, tapi aku pernah ikut konvoi dengan arwah dalam beberapa siri ...sempat kenal dengan dia...sempat ikut sesi beraya dengan dia lebih kurang 2 minggu sebelum kejadian itu berlaku...Aku pernah juga berkonvoi ikut jalan Mersing tu....masa cerita ini ditulis, baru dua hari Marco Simon celli mengakhiri riwayat hidupnya di motorGP sepang.... manalah aku tak trauma.....

           Terbabas setelah  mengelak sebuah kereta yang ingin memotong dilaluan bertentangan...                                                     

Saturday, 22 October 2011

DSV TAHUN 2(Menggambar- Teknik Resis)

 RESIS TU APA YE...ce baca..ce baca..
Satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin.
Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain.
Buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan.
Aktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin.
Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru.
Teknik menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya.
Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal.
Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihantindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.

Guru menunjuk cara menghasilkan gambar menggunakan teknik resis, sambil menerangkan kepada murid fungsi bahan yang digunakan.
 
Murid melukis gambar ikan menggunakan lilin atau oil pastel.

Murid mewarna gambar ikan menggunakan warna berasaskan air.
 
 
Murid mempamerkan hasil menggambar teknik resis.
Murid diminta menyatakan bahasa seni visual pada karya sendiri dan rakan yang dipamerkan