Tuesday, 14 June 2011

Misi 2011-2015




11HBJUN2011....Hari pertama berada di Kampus IPTHO..hari pertama penuh semangat...hari pertama mendaftar sebagai pelajar demi mengejar impian...terlewatkah aku....tidak ada yang terlambat untuk digapai...Semoga dalam usia sebegini aku masih mampu untuk menghadapi segala cabaran di hadapan..

Memang misiku kali ini amat berat dan perlu pengorbanan besar dari semua pihak, terutama keluarga tersayang..moga mereka faham...Berilah sokongan dan restuilah MAMA...

Cabaran Pertama...18hb.Julai 2011- 20hb. Julai 2011
Bina Insan Guru di Teluk Gorek Mersing

Sunday, 5 June 2011

Berkat Pandan Cup Cake

Bahan-Bahan:


250 gm mentega
30 gm coklat nutella (nutella chocolate)
230 gm tepung naik sendiri
230 gm gula halus
1 sudu besar pes pandan
6 biji kuning telur (besar)
5 biji putih telur (besar)
Mangkuk kertas secukupnya
Ceri hijau untuk hiasan



Cara:


  Mentega, nutella, pandan pes dipukul hingga pekat, masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga kembang, campurkan tepung naik sendiri sambil terus dipukul, ketepikan sebentar. Dalam bekas lain pukul putih telur hingga pekat dan kembang, campurkan ke dalam mentega pukul hingga rata. Isikan ke dalam mangkuk kertas, hias dengan ceri hijau dan bakar selama 35-40 minit dalam ketuhar bersuhu 150-175'C.

Friday, 3 June 2011

Aktiviti Hujung minggu

Jambatan Tanjung Sedili

AKU MAHU SAIZ M

Basikal ini dibeli sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 16 tahun. Kenapa ia di beli....kerana aku mahu saiz M...itupun dah cukup...berat sebelum kawin..49kg...macam mana boleh naik berganda...salah satu sebabnya..orang sebelah tu yg buat...so sekarang my hubby kena fikir macam mana nk turunkan kg tu...sikit pun tk pe la....Ini adalah antara aktiviti kami setiap pagi masa cuti sekolah ni...hari tk cuti..kalau tk penat, malam pun boleh cycling...lampu, meter semua dah ada...sekurang2nya 10km satu hari....Cycling ni sangat membantu untuk membakar kalori yg diambil...dah hampir sebulan buat aktiviti ni.....hasilnya...boleh la...saiz baju, seluar dah tukar...Yang penting AKU MAHU SAIZ M....



CUCI MATA...

 

Gambar ini diambil masa baru turun dari heli nak gi shoping kat Kluang Mall...