Friday 25 April 2014

Proses Jahitan


 PROSES JAHITAN

KELIM
Kelim ialah sejenis proses jahitan yang menyambungkan dua keping fabrik  bagi mendapatkan bentuk pakaian atau artikel.
Jenis Kelim
  • Kelim Belah Kangkung
  • Kelim Betawi
  • Kelim papan mesin
  • Kelim papan tangan
  • Kelim lipat tindih
Kelim belah kangkung
  • Cantuman dua keping fabric yang dijahit dengan sebaris mata jahitan.
  • Kelim ini mudah dibuat dan sesuai untuk semua jenis fabric kecuali fabric nipis. Kelim ini sesuai digunakan untuk pakaian, artikel dan kain kelengkapan rumah tangga. Lebar kelim yang siap lebih kurang 2.5 cm.
Ciri kelim belah kangkung
  • Lebar kedua-dua basi kelim sama.
  • Kelim rata dan terbuka.
  • Mata jahitan tidak kelihatan di sebelah luar.
  • Tidak beralur di sebelah luar.
Kelim betawi
  • Ø Mempunyai dua baris jahitan, sesuai digunakan pada fabric nipis kerana kelim ini kukuh.
Ciri kelim betawi
  • Lebar kelim yang siap ialah 5 mm hingga 7 mm pada keseluruhannya.
  • Kelim tidak beralur di jahitan pertama.
  • Basi kelim tidak kelihatan dari sebelah luar.
  • Kelim tidak bergulung.
  • Kedua-dua baris jahitan tidak kelihatan di sebelah luar.
BELAH
Belah ialah satu proses jahitan di pakaian dan artikel untuk senang dipakai dan ditanggalkan.
Belah boleh dibuat di garis leher, di pinggang, di lenan, dan di rusuk dengan mengikut fesyen pakaian.
Perhatian hendaklah diberi agar panjang belah bersesuaian dengan tujuan mengadakannya.
Jenis Belah
  • Belah kelepet sama lebar
  • Belah slit berlapik
  • Belah lapik kain selari
  • Belah berkun
  • Belah berplaket
Belah slit berlapik
  • Dibuat di garis tengah hadapan atau di garis tengah belakang blaus, dan di hujung lengan.
Ciri belah slit berlapik
  • Garis belah rata.
  • Pangkal belah kukuh dan tidak berkedut.
  • Lapik atau fabric pakaian tidak kelihatan dari sebelah luar.
  • Tidak ada alur di cantuman.
Belah berzip
  • Berfungsi sebagai kancing dan belah pada pakaian dan artikel. Zip dapat diperoleh dalam pelbagai jenis, saiz, dan warna.
Penggunaan dan pemilihan zip berdasarkan:
  1. Jenis fabrik
  2. Warna
  3. Kedudukan
Zip dipasang pada kelim belah kangkung dan belah slit berlapik.
Ciri belah berzip
  • Kedua-dua tepi belah hendaklah sama panjang.
  • Lebar belah sama pada keseluruhannya berukuran tujuh mm hingga sepuluh mm.
  • Gigi zip tidak kelihatan di sebelah luar pakaian apabila zip dikancingkan.
  • Jahitan mesin hendaklah lurus dan kukuh keseluruhannya.
  • Kelim tidak berkedut.
  • Mata jahitan kelim di pangkal belah tidak tercabut.
PENYUDAH TEPI
Penyudah tepi ialah satu proses yang digunakan di hujung pakaian atau tepi artikel.
Tujuan penyudah tepi ialah untuk:
  • Mengukuh
  • Mengemas
  • Menghias
Jenis penyudah tepi
  • Kelepet
-         Kelepet lurus
-         Kelepet berganda
-         Kelepet berbentuk
  • Penjuru
-         Penjuru jahit tindih
-         Penjuru temu sudut
  • Lapik
-         Lapik lurus
-         Lapik berbentuk
  • Kun
  • Ropol
  • Renda
  • Kuf / manset
  • Jahitan sulaman hiasan
Lapik Berbentuk
-         Penyudah tepi pada pakaian atau artikel yang boleh disiapkan di sebelah luar atau sebelah dalam. Lapik berbentuk digunakan untuk melapik atau mengemaskan garis leher, lubang lengan, dan pinggang skirt atau slek. Penyudah tepi pada garis leher boleh dibuat dalam bentuk bulat, empat segi, ‘V’, dan ‘U’.
-         Untuk mendapatkan hasil kerja yang bermutu, lapik dalam yang nipis digunakan dengan melekatkannya ke lapik berbentuk.
Ciri-ciri lapik berbentuk
  • Lapik terletak rata.
  • Lapisan bawah pakaian atau artikel tidak kelihatan.
  • Cantuman lapik tidak berkedut.
  • Cantuman tidak beralur.
  • Lapik tidak menggelembung.
  • Ira lapik sama dengan ira pakaian atau artikel.
Kun
-         Kun adalah satu cara untuk mengemaskan tepi pakaian atau artikel. Kun boleh juga dijadikan hiasan.
-         Kun dibuat dengan menggunakan pita jalur serong tepat daripada fabric yang sama dengan pakaian atau pita serong dagangan.
-         Lebar pita yang diperlukan ialah empat kali ganda daripada lebar kun yang siap.
Ciri-ciri Kun
  • Ukuran kun sama lebar keseluruhannya.
  • Kun terletak sama rata pada fabric.
  • Kun tidak berpintal.
  • Cantuman kun tidak berkedut.
LENGAN
Lengan adalah sebahagian daripada baju. Terdapat juga baju yang tidak berlengan kerana mengikut fesyen.
Jenis Lengan
  • Lengan padanan rata
  • Lengan gelembung
  • Lengan Bishop
  • Lengan Raglan
  • Lengan Magyar
  • Lengan Kimono
Lengan padanan rata
Lengan padanan rata atau lengan biasa dicantum rata dengan lubang lengan bahagian tubuh. Panjang lengan adalah berdasarkan fesyen yang dipilih. Hujung lengan boleh disiapkan denagn kelepet , lapik atau kun.
Ciri-ciri lengan padanan rata
  • Garis tengah lengan bertemu di garis bahu.
  • Kelim lengan bertemu di kelim rusuk baju.
  • Lengan yang baik tergantung denagan elok.
  • Basi kelim lubang lengan dikemaskan.
  • Cantuman lengan tidak berkedut.
KANCING
Kancing ialah alat untuk merapatkan belah pakaian atau artikel, bagi mengekalkan bentuknya dan selesa semasa dipakai. Semua kancing perlu dijahit kukuh pada pakaian atau artikel.
Kancing boleh berfungsi sebagai perhiasan pakaian. Pemilihan kancing bergantung kepada fesyen pakaian dan kesesuaian fabric.
Jenis-jenis Kancing
  • Butang Katup
  • Cangkuk dan mata / rumah cangkuk / palang
  • Butang dan lubang butang
  • Butang dan gelungan fabric ( rulo )
  • Riben
  • Velkro ( pita nilon )
  • Zip
Butang Katup
-         Merupakan sejenis kancing yang kurang kekukuhannya jika dibandingkan denagn cangkuk dan palang. Saiz dagangan butang katup yang paling kecil ialah ‘0’ dan yang paling besar ialah ‘ 04’ , dengan berbagai-bagai warna.
-         Butang katup terdiri daripada dua bahagian iaitu soket dan conet.
Cangkuk dan Palang
-         Cangkuk dan palang ialah sejenis kancing yang kukuh dan sesuai digunakan di hujung ikatan pinggang atau tali pinggang.
-         Apabila menjahit cangkuk dan palang, tentukan kedudukannya sama paras, mata jahitannya kemas dan kukuh, serta kancing tidak kelihatan dari sebelah luar.
KOLAR
Kolar ialah bahagian tambahan pada baju di garis leher.
Jenis Kolar
Kolar terbahagi kapada 3 jenis:
  • Kolar rata
  • Kolar gulung
  • Kolar tegak
Faktor yang mempengaruhi pemilihan dan penggunaan kolar
Fungsi
Kolar berfungsi untuk:
  • Mengawal suhu badan.
  • Melindungi kecacatan di bahagian leher.
  • Mengekalkan ciri kolar pada pakaian tradisional.
Fesyen pakaian
  • Pakaian seragam biasanya berkolar.
  • Pakaian berkolar sesuai untuk orang yng kurus dan berleher jinjang.
  • Kolar besar atau lebar dapat membuat bahagian bahu dan dada kelihatan lebih besar.
  • Kebanyakan pakaian leleki berkolar.
Jenis Fabrik
  • Fabrik nipis dan lembut sesuai untuk kolar rata.
  • Fabric sederhana dan tebal sesuai untuk kolar gulung.
Ciri Kolar
  • Kolar biasanya mempunyai dua lapisan fabric.
  • Permukaan kolar rata.
  • Kolar terletak rata dan kemas di garis leher.
  • Bahagian kanan dan kiri kolar hendaklah seimbang.
  • Kedua-dua hujung kolar sama lebar.
  • Kolar bawah tidak kelihatan di tepi kolar.
  • Cantuman kelim kolar tidak beralur.
PROSES MENJAHIT
PENGHILANGAN GELEMBUNG
A)  JENIS PENGHILANGAN GELEMBUNG
  • Lisu Pemadan
Lisu pemadan ialah sejenis  penghilangan gelembung yang penting untuk memberi bentuk kepada pakaian dan memberi keselesaan. Lisu dibentuk dengan menjahit dari bahagian yang lebar ke bahagian yang tirus, atau dari hujung yang tirus ke hujung yang tirus ( jika dibuat di bahagian pinggang blaus ). Lisu dibuat di garis leher, lubang lengan hadapan, rusuk blaus, di pinggang blaus, dan di pinggang skirt atau slek.
Ciri-ciri lisu pemadan ialah:
a) bentuknya runcing
b) lisu tidak bergulung
c) lisu ditekan rata
d) hujung jahitan dikemaskan di bahagian yang tirus
e) tidak terdapat lubang di sebelah luar pakaian pada hujung yang tirus
f) tidak ada alur di sebelah luar
Proses menyediakan lisu pemadan:
1) Temukan sebelah luar fabrik dan sematkan di garisan pemadan. Jahit mesin lisu pemadan dari bahagian yang lebar ke bahagian yang tirus.
2) Matikan mata jahitan mesin di hujung yang tirus dengan jahitan DUA KALI sepanjang 1.5cm. Tekan lisu pemadam di rusuk menghala ke bawah.
3) Lisu pemadan di pinggang ditekan menghala ke garisan tengah.
4) Lisu pemadan yang dijahit di fabrik tebal, ditekan supaya terbahagi dua; atau digunting di tengah dan dikemas dengan jahitan insang pari.
  • Kedut Lepas
Kedut lepas ialah sejenis penghilangan gelembung bagi memudahkan pergerakan. Kedut lepas digunakan juga sebagai perhiasan. Kedut lepas sesuai untuk fabrik lembut dan halus. Kedut lepas memerlukan fabrik sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada ukuran yang siap. Kedut lepas sangat elok tergantung jika dibuat mengikut ira lurus fabrik.
Ciri-ciri kedut lepas:
a) Kedut dibahagikan sama rata keseluruhannya.
b) Lipatan kedut sama halus pada keseluruhannya.
c) Kedut lepas mengikut ira lurus.
d) Fabrik tergantung dengan elok.
Proses menyediakan Kedut lepas:
1) Tandakan garisan pemadan.
2) Jahit satu baris di atas dan satu baris di bawah garisan pemadan dengan jarak mata jahitan yang sama.
3) Tarik benang dari kedua-dua baris jahitan, di kedua-dua hujung. Tentukan ukuran yang dikehendaki dan sama ratakan kesemua kedutnya. Sambungkan bahagian berkedut ke bahagian pakaian sebagaimana yang dikehendaki.
Contoh kedut lepas pada bahagian pakaian:
1. Kedut lepas di lengan yang disambung dengan kuf/manset.
2. Kedut lepas di hujung lengan.
3. Kedut lepas di bahu mendatang dan pinggang blaus.
4. Kedut lepas di garis pinggang dan punggung skirt.
  • Lisu Beriring, 
  • Lisu Bertentang, 
  • Lisu terbalik
  • Kedut Berjalur
  • Lisu Perhiasan
  • Smoking