Monday 14 October 2013

AYAT TERBITAN : PROSES PENGGUGURAN

                                        Proses Pengguguran
Proses pengguguran ialah satu proses transformasi yang berlaku
pada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu, dan dengan demikian pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud.Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis pengguguran utama, iaitu:
      

(i) Pengguguran frasa nama sebagai subjek
(ii) Pengguguran frasa predikat
(iii) Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif

           Pengguguran Frasa Nama sebagai Subjek

(i) Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat  perintah.
(ii) Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.


(i) Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat
perintah.
Dalam ayat suruhan, iaitu sejenis ayat perintah, kata ganti nama
diri orang kedua yang berfungsi sebagai subjek selalunya digugurkan, seperti dalam contoh-contoh berikut:


    Kamu keluar ~ Keluar!

    Awak semua pergi dan sini =~ Pergi dan sini!


    Anda boleh masuk sekarang =~ Boleh masuk sekarang.

    Engkau makanlah dahulu = Makanlah dahulu.

    Tuan duduklah di sini = Duduklah di sini.

    Awakjangan ganggu saya = Jangan ganggu saya!

    Kamu sila bangun = Sila bangun.

(ii) Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk
Jika terdapat beberapa frasa nama sebagai subjek yang serupa atau beridentiti sama, yang diberi tanda i dalam ayat-ayat yang bergabung menjadi ayat majmuk di bawah, maka subjek frasa nama yang serupa itu boleh digugurkan kecuali subjek frasa nama yang di awal ayat majmuk tersebut.

   Dia sangat pandai + Dia rajin belajar.
~ Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar.
~ Dia sangat pandai kerana rajin belajar.



                             Pengguguran Frasa Predikat

Seluruh frasa predikat, atau bahagian-bahagian daripadanya,
boleh digugurkan.
(i) Pengguguran seluruh frasa predikat
Seperti yang telah dihuraikan, frasa predikat terdiri daripada
salah satu yang berikut:
 

(a) Frasa Kerja 
(c) Frasa Adjektif
(b) Frasa Nama 

(d) Frasa Sendi Nama

Jikalau tendapat penggunaan frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk gabungan, maka kesemua frasa predikat yang serupa kecuali yang terakhir boleh digugurkan. 

Contoh-contoh yang berikut bagi keempat-empat jenis frasa predikat:
 

(a) Frasa kerja yang serupa
 Adik Ali belajar di England. Sepupunya belajar di England.
 Adik Ali belajar di England dan sepupunya belajar di England.
 Adik Ali dan sepupunya belajar di England.

(b) Frasa nama yang serupa

Bendera Malaysia lambang negara. Lagu kebangsaan lambang negara.
Bendera Malaysia lambang negara dan lagu kebangsaan lambang negara.
Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan lambang negara.

(c) Frasa adjektif yang serupa.

 Adik saya sangat rajin. Adik Ali sangat rajin.
 Adik saya sangat rajun dan adik Ali sangat rajin.
 Adik saya dan adik Ali sangat rajin.

(d) Frasa sendi nama yang serupa.

 Dia masih di kampung. Isterinya masih di kampung.
 Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung.
 Dia dan isterinya masih di kampung.

(ii) Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat

Beberapa bahagian daripada frasa predikat boleh juga mengalami proses pengguguran. Antaranya:
(a) oleh + FN dalam ayat pasif
(b) Kata bantu yang serupa
(c) FN sebagai objek yang serupa
(d) FN sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif
 

(a) Pengguguran oleh + FN dalam ayat pasif

Dalam binaan ayat pasif, struktur oleh + FN yang mengikuti kata
kerja boleh digugurkan. Contohnya:


 Dia dipukul oleh bapanya.
 Dia dipukul.

 Istana itu telah dibina oleh rakyat dalam masa setahun.

 Istana itu telah dibina dalam masa setahun.

 Dia tidak terpilih oleh mereka.
~Dia tidak terpilih.

(b) Pengguguran kata bantu (KB) yang serupa


Kata-kata bantu yang serupa yang hadir dalam predikat frasa kerja dan predikat frasa adjektif, boleh digugurkan sehingga tinggal satu sahaja, iaitu yang pertama, dalam ayat-ayat yang digabungkan. Contohnya:

 Dia, boleh menyanyi. Dia boleh menari.
 Dia boleh menyanyi dan dia boleh menari.
~ Dia boleh menyanyi dan menari.


(c) Pengguguran frasa nama sebagai objek yang serupa.


Apabila terdapat beberapa frasa nama sebagai objek yang serupa
dalam ayat-ayat yang digabungkan, objek itu boleh digugurkan
sehingga tinggal satu sahaja, iaitu objek yang terakhir, seperti
dalam contoh-contoh berikut:


 Daud memukul penjahat itu. Daud menumbuk penjahat itu.
 ~Daud memukul penjahat itu dan Daud menumbuk penjahat itu.

 ~Daud memukul dan menumbuk penjahaf itu.


(d) Pengguguran frasa nama sebagai objek selepas kata kerja yang
membawa makna adjektif


Frasa nama sebagai objek boleh digugurkan dalam kedudukan selepas kata kerja transitif yang membawa makna adjektif. Antara kata-kata kerja yang sedemikian termasuklah:

mempesonakan menakjubkan menggembirakan mendukacitakan menghairankan menghampakan memilukan mengghairankan.
 

Kesemua kata kerja di atas menggambarkan perasaan tertentu dan boleh didahului oleh kata penguat seperti amat, sungguh,sangat, dan sebagainya. Objek frasa nama ini holeh digugurkan.
Contohnya:

  Kejadian itu sungguh menakjubkan kami.
~ Kejadian itu sungguh menakjubkan.


Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif
 

Apabila dua ayat digabungkan, dengan satu ayat dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif itu boieh digugurkan.
Contohnya:

 Orang tua itu bapa saya. Orang tua itu memakai serban.
 Orang tua yang memakai serhan itu bapa saya.
 Yang memakai serban itu hapa saya.

Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi sebagai Inti dalam Frasa Nama
 

Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama, KN (inti)
+ Penerang boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Contohnya, 

 Kegiatan bersenam berfungsi sebagai frasa nama yang mengandungi kata kegiatan sebagai inti dalam frasa nama tersebut,dan kata bersenam sebagai penerang. Kata nama kegiatan dalam ayat tersebut boleh digugurkan.
    Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.
    Bersenam boleh menyihatkan badan.

No comments: